Sunday, March 6, 2011

Saya dan Mereka (:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya di sini, ingin meminta maaf kerana sekian lamanya saya menghilangkan diri dan tidak mengupdatekan blog saya yang tersayang dan tercinta ini....
hahhahahahhaa...
Sebelum saya meluah..Saya ingin mengambil sedikit kesempatan, ingin menanya khabar terhadap andaanda sekalian di blogger, mahupun di dunia cyber ini. Anda semua sihat ka juga?! kalau tidak sihat, saya hantar kamu pergi klinik. aiseh, caring bha Saya nie...
hahahahahahahaha !


Ini entry saya yang ke-4,entry yang menceritakan tentang Saya dan Mereka.
Cerita Saya dan Mereka ini membawa cerita tentang kehidupan seseorang iaitu saya dan keluarga saya...
hahahhahaha..
Saya harap apa yang saya ingin sampaikan ini, dapat diterima oleh andaanda sekalian. 
Hanya ini sahaja yang mampu saya kongsikan pada hari ini...hehehehehe....
Okaylah, tanpa buang masa jom kita layan sahaja cerita ini... :DD


Pada 9.2.1969 lahirlah seorang lelaki kemuka bumi ini yang bernama Zulkipli bin Aman iaitu ayah saya. Ayah saya seorang yang penyabar dan berbudi bahasa orangnya, dan beliau sekarang berusia 42 tahun.. Pada bulan8, 1989. Semasa ayah saya berusia 20 tahun, ayah saya dan saudara mara ayah saya pergi ke rumah Alighor bin Khadi Khan, iaitu datuk saya.. disitulah, buat kali pertama ayah saya terpaku dan terpikat melihat seorang wanita yang begitu anggun dan jelita yang bernama Rosmayati binti Alighor, iaitu ibu saya.. :] Ibu saya seorang yang lemah lembut dan baik hati orangnya. Tarikh lahir ibu saya ialah 28.7.1971 dan sekarang ibu saya berusia 40 tahun..


Pada tahun 1990. Ayah saya dan ibu saya telah menjadi 1 pasangan kekasih yang sangat romantik.. apa? romantik? betul ka romantik ka juga??? hhahahahhahahahaha !!
Dengan izin kuasa yang Ilahi, kedua pasangan kekasih ini telah berkahwin pada 7.7.1990 dan semasa itu, ayah saya berumur 21 tahun dan ibu saya berusia 19 tahun.. waaa ! sangat muda mereka berkahwin. hehe. :]
Atas perkahwinan pasangan suami isteri ini.Dengan berkat kuasa yang Ilahi, pasangan suami isteri ini telah dikurniakan 3 cahaya mata.Anak yang pertama bernama Dinie Shamir bin Zulkipli dan anak yang ketiga Farah Syafiqah binti Zulkipli dan sayaa........


Saya, Amirrul Hafiz bin Zulkipli anak yang ke-2 daripada 3 orang adik beradik ini telah lahir ke bumi ini pada 4.3.1994 dan saya baru sahaja melonjakkan umur saya ke 17 tahun.Asal saya dari Kota Kinabalu, Tuaran dan saya pure Pakistan.. hehe. 
Hobi saya di masa lapang bermain futsal dan menghadapa komputer check Facebook terus... hahahaha ! ataupun saya suka menghabiskan masa seharian saya bersama teman-teman saya melepak di Tuaran dan melihat (BungaBunga) hahahaha ! Paras tinggi saya, hmmm. saya kurang pasti tau ! mungkin around 170cm kali. hahaha :) 
Saya ini, seorang yang rendah diri dan pendiam orangnya... kenapa? nda pecaya?! hahahaa ! Saya tinggal di Kampung Selupoh yang terletak dekatdekat Sk Selupoh. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Badin Tuaran dan perjalanan dari rumah saya ke sekolah sangat jauh ! (boleh dikatakan jauhlah.) Kalau jalan kaki arr boleh patah kaki ! hahahaha. Sejak di bangku sekolah lagi, saya sudah menanam minat saya dalam perniagaan, saya bercita-cita ingin menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya di suatu hari kelak nanti.  
Pada tahun 2011, saya akan menduduki SPM ! waaaa. Punya sekejap saya rasa, tahun ini juga, saya akan menamatkan zaman persekolahan saya... yeeeppyyy ! hahahaha. ! Okaylah, smpai disini saja luahan dari saya. Sepatutnya, banyak lagi yang saya ingin ceritakan tapi memandangkan keadaan tidak mengizinkan dan jari jemari saya suda mau patah. jadi, saya ingin mengundurkan dirilah dulu arrr?

No comments:

Post a Comment